Sejak berbadan dua ini, penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura kelihatan semakin berseri-seri.

Maklumlah, Ning dan suami, Omar Sharif Dalton sudah lama menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata.

Siapa sangka, dua tahun sebelum ini, Ning pernah mengalami komplikasi pada rahimnya dan perlu menjalani rawatan.

Akhirnya, rezeki berpihak juga kepada pasangan ini. Kandungan Ning juga sudah mencecah lima bulan.

Pasti ramai tidak sabar mahu melihat wajah kacukan anak Ning nanti. Mesti comel!

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TARIKH 31 Januari nyata memberi kegembiraan berganda buat penyanyi bersuara suprano, Ning Baizura dan suaminya, Omar Sharif apabila menyambut anak pertama pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.
  • TINDAKAN penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura menarik diri daripada menjayakan acara persembahan ‘Guinness Arthur’s Day’ yang bakal berlangsung 28 September ini di Souled Out, Mont Kiara, mendapat pujian daripada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.