Sentuhan James Cameron masih berbisa

Kemunculan Varang menambah konflik dalam penceritaan.
Kemunculan Varang menambah konflik dalam penceritaan.
A
A
A

SELEPAS kejayaan luar biasa Avatar: The Way of Water pada tahun 2022, dunia Pandora kembali dibuka untuk penonton menerusi Avatar: Fire and Ash.

Filem ketiga arahan James Cameron ini tampil dengan skala yang lebih besar, visual lebih berani serta konflik yang semakin matang.

Seperti dijangka, kekuatan utama naskhah ini masih terletak pada aspek teknikal yang menjadi identiti francais Avatar sejak awal pembikinannya.

Antara babak yang menarik dalam filem ini.
Antara babak yang menarik dalam filem ini.

Dari sudut visual, Avatar: Fire and Ash antara yang paling memukau pernah ditawarkan oleh francais tersebut.

Penggunaan CGI dan sinematografi digarap dengan begitu teliti sehingga setiap babak, walaupun sarat elemen visual berkomputer, tetap terasa hidup dan berjiwa.

Keindahan landskap Pandora dipersembahkan dengan perincian mengagumkan, sekali gus mengukuhkan pengalaman sinematik yang sukar ditandingi oleh filem bergenre sama.

Jalan ceritanya pula bergerak seperti roller coaster. Penonton dibawa melalui babak mendebarkan dan penuh intensiti, sebelum diselang-seli dengan momen sedih serta sentuhan humor ringan yang berjaya mencairkan suasana.

Artikel Berkaitan:

Avatar: Fire and Ash turut menampilkan konflik antara ibu bapa dan anak.
Avatar: Fire and Ash turut menampilkan konflik antara ibu bapa dan anak.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan terdapat beberapa bahagian yang terasa sedikit mendatar, seolah-olah menjadi jeda sebelum konflik seterusnya memuncak.

Antara babak yang pasti diingati ialah adegan pertempuran berskala besar yang menyaksikan penyatuan pelbagai suku dalam dunia Avatar.

Babak ini bukan sahaja dipersembahkan dengan visual yang mengagumkan, malah sarat simbolik tentang perpaduan, pengorbanan dan perjuangan mempertahankan kelangsungan hidup.

Penyatuan tersebut memberi impak emosi yang kuat dan menjadi antara detik paling signifikan dalam penceritaan filem ini.

Filem ini juga turut mengetengahkan suara anak muda.
Filem ini juga turut mengetengahkan suara anak muda.

Dari segi lakonan, barisan pelakon menampilkan persembahan yang mantap dan konsisten. Sam Worthington kembali menggalas watak Jake Sully dengan emosi yang lebih matang, manakala Zoe Saldaña sebagai Neytiri terus menjadi nadi emosi filem ini.

Kehadiran pelakon generasi baharu pula menambah dimensi baharu dalam dinamika kekeluargaan, sekali gus menguatkan naratif keseluruhan.

Quaritch masih tidak berputus asa memburu Jake Sully.
Quaritch masih tidak berputus asa memburu Jake Sully.

Menariknya, Avatar: Fire and Ash turut membawa mesej yang lebih mendalam berkaitan konflik keibubapaan dan hubungan dengan anak remaja.

Namun begitu, penonton yang tidak mengikuti dua filem terdahulu berkemungkinan berasa sedikit keliru, terutamanya pada bahagian awal cerita, memandangkan latar dunia Pandora dan perkembangan watak dipersembahkan dengan andaian penonton sudah mempunyai pengetahuan asas tentang francais ini.

Untuk rekod, Avatar pertama yang ditayangkan pada 2009 mencipta fenomena global menerusi kisah konflik antara manusia dan kaum Na’vi di Pandora. Filem keduanya, Avatar: The Way of Water (2022), pula memperluaskan dunia tersebut dengan fokus kepada komuniti laut serta hubungan kekeluargaan Jake Sully.

No Image Caption

Avatar: Fire and Ash meneruskan legasi itu dengan skala konflik yang lebih besar dan pendekatan emosi yang lebih matang.

PENGARAH: James Cameron

PELAKON: Sam Worthington, Zoe Saldana, Stephen Lang, CCH Pounder

GENRE: Aksi / Pengembaraan / Fantasi

DURASI: 3 Jam 15 Minit

KLASIFIKASI: 13

TAYANGAN: 18 Disember

BINTANG: 4.5 / 5

 

 

Ringkasan AI

  • Setelah kejayaan Avatar: The Way of Water pada tahun 2022, Avatar: Fire and Ash dibuka untuk penonton
  • Filem ini menampilkan visual yang memukau dengan penggunaan CGI dan sinematografi yang teliti
  • Jalan cerita bergerak seperti roller coaster dengan campuran emosi dan konflik yang mendalam
  • Adegan pertempuran yang menyatukan pelbagai suku menunjukkan simbolik perpaduan dan pengorbanan
  • Avatar: Fire and Ash mengandungi mesej mendalam tentang konflik keibubapaan dan hubungan dengan anak remaja

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!