“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi

Ziana berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pengebumian arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam pada pagi Khamis.
Ziana berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pengebumian arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam pada pagi Khamis.
A
A
A

PENYANYI terkenal, Ziana Zain mengakui Aidilfitri tahun depan bakal menjadi hari raya yang paling sunyi dan berat untuk dilalui selepas kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam tempoh empat bulan.

Menurut Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain, 56, pemergian bapanya, Zain @ Zin Abdullah sebelum ini dan diikuti dengan ibunya dalam jarak yang singkat benar-benar meninggalkan kesan mendalam pada dirinya.

“Kami kena kuat, dalam masa empat bulan abah dah tak ada, mak tak ada. Saya pun tak tahu macam mana nak cakap. Minta ALLAH kuatkan saya, hati saya.

“Tak tahu lah raya ini ni macam mana. Puasa ni macam mana? Tak boleh nak hadam lagi, nanti lagi kita akan rasa,” ujarnya.

Ziana berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pengebumian arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam pada pagi Khamis.

Kata Ziana lagi, fikirannya kini masih kosong dan belum mampu membayangkan suasana sambutan Aidilfitri tanpa insan tersayang.

“Tak boleh nak fikir. Nak mohon maaf pada siapa lagi? Mak ayah dah tak ada. Adik-beradik sahajalah.

“Sudah sampai masa dia kan, kita kena kuat lah. Kita punya masa pun akan sampai juga. Cuma tahun depan tak tahu macam mana nak raya, itu sahaja yang saya boleh cakap. Dalam otak ini kosong.

“Nak fikir beli baju raya pun dah tak fikir. Baju raya dah tak ada. Nothing to look forward dah. Ada pun anak-anak.

Artikel Berkaitan:

“Memang akan ambil masa untuk pulih, empat bulan. Selepas itu mak pula ikut abah. Tapi itu cinta hati dia kan… Sehidup semati,” jelasnya.

Kata Ziana, walaupun sukar untuk menerima hakikat bahawa dirinya kini seorang yatim piatu, namun dia reda dengan ketentuan Ilahi.

“Tak apa kita redha. Alhamdulillah, moga ALLAH cucuri rahmat ke atas roh dia, tempatkan bersama orang beriman, itu doa saya.

“Dah tak ada mak, tak ada abah, adik-beradik dah yatim piatu. Tak apa, dapat jaga dia masa dia sakit pun dah rahmat.

“Dapat jaga abah masa abah ada pun sama, kami dapat jaga dua-dua orang jadi kita tak ada rasa terkilan. Saya dah buat sehabis baik, alhamdulillah,” ujarnya.

Untuk rekod, Allahyarham Robiah Abdul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam kira-kira jam 11 pagi Khamis, disaksikan ahli keluarga terdekat dan beberapa kenalan rapat. - Awani

Ringkasan AI

  • Ziana Zain mengakui Aidilfitri tahun depan akan menjadi hari raya yang sangat sunyi setelah kehilangan kedua orang tuanya dalam tempoh empat bulan
  • Ziana masih merasa kosong dan belum dapat membayangkan sambutan Aidilfitri tanpa kehadiran kedua orang tuanya
  • Ziana mengaku belum mampu memikirkan persiapan Aidilfitri seperti membeli baju raya kerana merasa tak ada apa lagi yang ingin dinantikan selain daripada anak-anaknya
  • Walaupun sukar, Ziana reda dengan pemergian kedua orang tuanya dan berdoa agar mereka ditempatkan bersama orang beriman
  • Ziana merasa beruntung kerana sempat menjaga kedua orang tuanya semasa mereka sakit dan tidak merasa terkilan kerana telah melakukan sebaik mungkin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!