Fattah Amin hadiahkan kereta baharu buat ibu bapa

PELAKON popular, Fattah Amin mencuri tumpuan ramai apabila tampil membuat kejutan istimewa buat kedua-dua ibu bapanya baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, Fattah dilihat menghadiahkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Noah berwarna merah sebagai tanda penghargaan kepada insan tersayang.
Rakaman video berkenaan memaparkan momen penuh emosi apabila Fattah bersama ibu dan bapanya bergambar sambil jelas teruja di hadapan kenderaan baharu tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap tindakan pelakon itu yang disifatkan sebagai seorang anak yang baik, merendah diri dan sentiasa mengutamakan kebahagiaan ibu bapanya.
Antara komen yang ditinggalkan termasuk pujian terhadap sikap Fattah yang memilih kenderaan sederhana meskipun berkemampuan, selain mendoakan agar rezekinya terus diluaskan kerana mendahulukan kedua orang tua.
Ringkasan AI
- PELAKON popular, Fattah Amin membuat kejutan istimewa buat kedua-dua ibu bapanya
- Fattah hadiahkan sebuah MPV Toyota Noah berwarna merah kepada ibu bapa sebagai tanda penghargaan
- Video di TikTok memaparkan momen emosi Fattah bersama ibu bapa di hadapan kenderaan baru
- Warganet kagum dengan tindakan Fattah, menganggapnya sebagai anak yang baik dan merendah diri
- Pujian untuk Fattah memilih kenderaan sederhana dan doa agar rezekinya diluaskan kerana mengutamakan kedua orang tua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
