• Remy Ishak dan Dira Abu Zahar berlakon bersama dalam filem Cinta Dalam Hati. Remy Ishak dan Dira Abu Zahar berlakon bersama dalam filem Cinta Dalam Hati.
1 /

Gandingan Remy Ishak dan Dira Abu Zahar dalam sebuah drama cinta yang menguji kesetiaan, kejujuran dan pengorbanan besar, kini dapat disaksikan di RTM, menerusi TV1.

Drama berjudul Cinta Dalam Hati yang bersiaran setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 petang ini turut dibintangi Fazreen Rafi, Azhan Rani, Fikhree Bakar, Tunku Norhanis, Azza Suhaimi, Kismah Johar dan Azlan Ayob.

Drama 13 episod arahan Zul R’shad ini mengetengahkan watak Dino, seorang graduan yang menjalin hubungan cinta dengan Munira, gadis sekampung dengannya. Ibu Munira, Mariam menghidap penyakit buah pinggang. Tinggal jauh di pedalaman nyata menyukarkan Mariam
dan penduduk setempat untuk menjalani hemodialisis. Lalu Dino dan Munira berhasrat untuk membeli mesin tersebut dengan bantuan Doktor Roslan.

Dalam merealisasikan hasrat tersebut, Dino berusaha menyiapkan skrip filem Cinta Dalam Hati yang mengisahkan percintaan mereka berdua dan hasil bayaran skrip tersebut akan digunakan untuk membeli mesin hemodialisis. Malangnya, sebelum skrip tersebut disiapkan,
Munira telah meninggal dunia akibat barah paru-paru.

Apakah yang berlaku? Dapatkah Dino meneruskan impiannya dan hidup tanpa Munira?