USAHA Datuk Seri Vida (DSV), untuk tampil menyanyi ternyata tidak sia-sia, apabila bakat nyanyiannya berjaya menarik perhatian netizen.

Mana tidaknya lagu nyanyiannya yang berjudul 'I Am Me' ternyata 'mencuit' hati netizen malah kini mula kecoh dikatakan lagunya 'berhantu'.

"Aku tak tau lah sejak dari hari dia keluarkan lagu ini aku dah terhafal, bantu aku," komentar Quraisya Aina Izzatti Alias berhubung lagu nyanyian DSV.

Sementara itu menurut, Eleina Rahim dia 'sudah ketagih dengan lagu itu'.

"Ketagih juga la lagu dia, sayang-sayang, comel pa," tulisnya.

Manakala Nadya Amanda pula mengatakan lagu 'I Am Me' boleh menghilangkan rasa tekanannya.

"Hilang 'stress' aku dengar lagu ni. Gembira, meriah dan bahagia betul Dato vida," katanya.

Dan menurut Ahmad Tarmizi Khairi, apa yang istimewa lagu ini adalah 'ada elemen bunyi kucing'.

"Yang buat bunyi 'meow' itu comel," tulisnya.

Sehingga kini, di platform Facebook, lirik video I Am Me sudah ditonton lebih sejuta pengunjung sejak dimuatnaik beberapa hari ini.

Dalam pada itu, memetik laporan media tempatan bagi pencipta lagu itu, Edry Abdul Halim, 41, usahanya untuk menjadikan I Am Me satu fenomena viral sudah menampakkan hasil.

Katanya,memang tujuan utama untuk lagu itu menjadi viral sebab Datuk Seri seorang yang suka benda-benda yang menarik perhatian.

Sebelum ini, single sulung Vida sudah diperkenalkan menerusi platform digital dan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu.

Manakala, muzik video dijangka boleh ditonton pada awal Ogos depan.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SIAPA lah yang tidak tahu lagu 'I am Me', nyanyian Datuk Seri Vida (DSV) yang kini banyak meniti di bibir rakyat Malaysia tidak mengikut kiraan umur.
  • SELEPAS hampir seminggu tidak menerima sebarang jawapan daripada Siti Zabedah Kasim mengenai hasratnya untuk memperisterikan peguam itu, Abdul Rani Kulup Abdullah meluahkan hasratnya untuk menyunting pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman pula.
  • SEJAK lagu I Am Me dilancarkan seminggu lalu, ia terus mendapat perhatian ramai.
  • KETIKA ini hangat diperkatakan mengenai pengasas produk kecantikan dan kesihatan Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 46.
  • "TAHNIAH Datuk Seri Vida, lagu anda telah berjaya di peringkat antarabangsa," demikian ujar penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir berhubung lagu nyanyian Datuk Seri Vida 'I Am Me' yang berjaya menarik perhatian 'orang Arab'.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.