PELAKON, Azwan Kombos, 32, mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT kerana isterinya Ezzaty Abdullah, 27, telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan semalam pada jam 10.30 malam secara normal dengan berat 2.9kg.

"Ezzaty sihat cuma sekarang dalam keadaan penat sangat kerana berada dalam bilik bersalin selama 28 jam. Ketika itu, memang 'nervous' sungguh kerana menunggu dia untuk bersalin.

"Selepas semuanya selamat, saya sangat gembira dan bersyukur.  Alhamdulillah, kini Ezzaty sihat, baby juga sihat walafiat," jelas Azwan.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Azwan berhajat untuk memiliki anak perempuan.

Azwan dan Ezzaty berkahwin pada 16 Julai tahun lalu pada majlis yang diadakan di Bentong, Pahang.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PELAKON baru yang kini sedang giat menempa nama di Malaysia, Atikah Suhaime mengakui berdebar menantikan respons penonton terhadap drama terbaru lakonannya, Bila Hati Berbicara.
  • PELAKON filem Nasi Tangas ini mengakui bersedia menerima bekas kekasihnya, pelakon Nad Zainal kembali jika ditakdirkan jodoh mereka bersama.
  • NAMA Azwan Kombos dan Shima Anuar mungkin masih baharu dalam industri hiburan tanah air. Bahkan mereka dianggap masih muda dan ‘hijau’ dalam perjalanan seni lakonan namun mampu menggalas tanggung jawab dengan baik.
  • “PEREMPUAN yang disebut itu tidak ada kena mengena dengan saya. Saya tidak tahu kewujudan perempuan itu. Apa yang dia cakap, apa yang dia buat, saya memang langsung tidak tahu!,” tegas pelakon Azwan Kombos yang didakwa mengganggu bekas teman wanitanya, Nad Zainal sehingga laporan polis dilakukan kelmarin.