Oppa adaptasi kisah benar

Filem ini diinspirasikan daripada kes sebenar yang berlaku di Malaysia.
Filem ini diinspirasikan daripada kes sebenar yang berlaku di Malaysia.
A
A
A

KES membabitkan jenayah scam bukan perkara baharu yang dilaporkan di dada akhbar dan televisyen kerana sudah ramai mangsa yang ditipu dan mengalami kerugian wang ringgit.

Ia secara tidak langsung memberi idea kepada syarikat produksi Dream Film Sdn Bhd untuk menghasilkan sebuah filem berjudul Oppa.

Pengarahnya, Captain Denil berkata, Oppa adalah sebuah filem tentang jenayah love scam yang sering berlaku dalam segelintir masyarakat pada hari ini.

“Adakalanya saya berasa pelik kerana ada mangsa jenayah ini terdiri daripada golongan terpelajar. Mungkin kurangnya kesedaran menjadi faktor utama apabila masih ramai yang menjadi mangsa.

“Jadi, ia memberikan idea kepada saya untuk menghasilkan Oppa, sekurang-kurangnya mesej boleh disampaikan kepada masyarakat menerusi platform filem,” ujarnya.

Tambah Denil, filem arahannya itu turut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Antara babak dalam Oppa.
Antara babak dalam Oppa.

Oppa memaparkan kisah seorang guru yang bercinta dengan seorang jejaka Korea, tetapi mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit apabila kekasihnya itu tiba-tiba menghilangkan diri.

Artikel Berkaitan:

Lebih malang lagi, guru tersebut turut menjadi buruan along apabila dia meminjam wang daripada mereka semata-mata untuk diberikan kepada kekasihnya itu.

Filem berkenaan menampilkan Theo Jang, pelakon yang berasal dari Korea Selatan serta pempengaruh popular, Jacqueline Goh Wan Yi serta pelakon-pelakon tempatan lain seperti Lee Zi Qi, Amanda Tan, Sadiq M Jamil, Chen Kuoyang dan ramai lagi.

Filem Oppa akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara mulai 9 Mei depan.
Filem Oppa akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara mulai 9 Mei depan.

Menurut Denil, tajuk Oppa dipilih bukanlah semata-mata kerana populariti artis K-Pop di negara ini, tetapi kejadian berlaku melibatkan penggunaan gambar artis kacak Korea Selatan bagi memperdayakan mangsa menerusi aplikasi janji temu di media sosial.

“Bagi menghasilkan filem Oppa kami telah mendapat kerjasama PDRM dan menariknya, terdapat kira-kira 80 anggota polis sebenar turut terlibat menjayakan filem ini,” jelasnya.

Filem Oppa akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara mulai 9 Mei depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!