Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika

Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
A
A
A

PELAKON kelahiran Malaysia yang menempa kemasyhuran di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh dilaporkan bakal menerima penghormatan tertinggi Amerika Syarikat (AS).

Penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) yang bakal meraikan ulang tahun kelahiran ke-62 Ogos depan itu akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.

Menerusi laporan berita, aktres itu dipilih sebagai penerima penghormatan tertinggi AS selepas Biden mengiktiraf individu yang banyak menyumbang dan berjasa kepada keselamatan atau kepentingan AS, keamanan dunia, kebudayaan atau lain-lain usaha penting.

Sebelum ini, antara personaliti yang pernah menerima pingat sama termasuk Mother Teresa, John F Kennedy, Bill Clinton, Stephen Hawking, Sidney Poitier, Yo-Yo Ma, Steven Spielberg, Oprah Winfrey, Steve Jobs, Audrey Hepburn, Henry Kissinger, Dr Martin Luther King Jr, Neil Armstrong, Jacques Cousteau, Duke Ellington, Tiger Woods dan Rosa Parks.

Yeoh telah membintangi banyak filem terbitan Hollywood dan sebilangan besar meraih kejayaan di peringkat global seperti Tomorrow Never Dies, Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs Of A Geisha, Mummy 3, Everything Everywhere All at Once dan The Lady.

Bagaimanapun, Yeoh masih belum mengesahkan kehadiran ke majlis berkenaan berikutan terikat dengan pelbagai komitmen. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: