• Violet D’Mello diheret salah satu daripada dua ekor harimau bintang <br>di Taman Krangga Kamma,  Port Elizabeth, Afrika Selatan minggu lalu. <br>– Foto ihsan Herald Online Violet D’Mello diheret salah satu daripada dua ekor harimau bintang
    di Taman Krangga Kamma, Port Elizabeth, Afrika Selatan minggu lalu.
    – Foto ihsan Herald Online
1 /

PORT ELIZABETH – Percutian bagi seorang pelancong British di Afrika Selatan bertukar ngeri minggu lalu apabila dia, yang cuba menyelamatkan seorang gadis dari dibaham, nyaris maut diserang haiwan itu.

Violet D’Mello, 60, dari Aberdeen berkata, dia berdepan dengan ambang maut di Taman Krangga Kamma,  Port Elizabeth, ketika mengunjungi taman itu bersama keluarganya.

Ketika menceritakan pengalamannya kepada Herald Online, D’Mello berkata, dia bersama satu lagi keluarga berhasrat untuk mengambil gambar secara dekat bersama haiwan tersebut, dari ruang sangkar.

Tiba-tiba, salah seekor harimau bintang melarikan seorang budak perempuan daripada keluarganya.

D’Mello berkata, selepas kanak-kanak perempuan dibebaskan, adik lelakinya berusia tujuh tahun pula berlari ke arah harimau bintang.

“Ketika saya cuba menghalang dia, sesuatu menerkam saya dari belakang,” katanya dipetik BBC.

Ketika seorang kakitangan taman itu cuba menarik harimau bintang, seekor lagi cuba menyerang wanita emas itu.

“Peristiwa tersebut bagaikan mimpi ngeri bagi saya, keluarga yang lain teruja untuk mengambil gambar pada awalnya, namun kejadian menjadi bertambah serius dalam masa yang singkat,” katanya lagi.

D’Mello cedera di bahagian kepala, perut dan kaki dalam kejadian itu, yang dialami ketika bercuti bersama suaminya.

Suami D’Mello, Archibald memberitahu, isterinya terpaksa menerima banyak jahitan di paha dan percaya ia akan meninggalkan parut teruk.

Dia juga berkata, ketika kejadian isterinya tidak mempunyai sebarang senjata hingga ada orang dari luar menghulurkan kayu untuk menghalang harimau bintang itu dari terus menyerangnya.

Isterinya kehilangan banyak darah kerana cedera di kepala dan terpaksa  menghabiskan masa 48 jam di katil akibat kejadian ngeri tersebut.

Taman tersebut kini ditutup kepada kunjungan orang ramai bagi memudahkan proses siasatan dikendalikan.