Trump arah AS tarik diri daripada 66 organisasi antarabangsa

TRUMP
TRUMP
A
A
A

HAMILTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu menandatangani "Memorandum Presiden” yang mengarahkan agensi kerajaan menarik diri daripada 66 organisasi antarabangsa yang menurut pentadbiran itu tidak lagi berkhidmat untuk kepentingan AS, lapor Anadolu Ajansi.

"Memorandum itu mengarahkan semua Jabatan dan Agensi Eksekutif menghentikan penyertaan dan pembiayaan terhadap 35 organisasi bukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta 31 entiti PBB yang beroperasi bercanggah dengan kepentingan nasional, keselamatan, kemakmuran ekonomi atau kedaulatan AS,” menurut maklumat yang dikongsi Rumah Putih.

Rumah Putih menyatakan bahawa langkah itu dibuat susulan "semakan yang diarahkan pada awal tahun ini terhadap semua organisasi antara kerajaan di peringkat antarabangsa,” sambil menegaskan bahawa "penarikan diri ini akan menghentikan pembiayaan dan penglibatan pembayar cukai Amerika dalam entiti yang mengutamakan agenda globalis berbanding keutamaan AS.”

Tidak lama selepas maklumat itu disiarkan, Rumah Putih bertindak memadamkan halaman yang mengandungi butiran memorandum berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menandatangani memorandum mengarahkan agensi kerajaan menarik diri dari 66 organisasi antarabangsa
  • Memorandum itu melibatkan 35 organisasi bukan PBB dan 31 entiti PBB yang dianggap bercanggah dengan kepentingan AS
  • Langkah ini diambil selepas semakan semua organisasi antara kerajaan di peringkat antarabangsa
  • Penarikan diri bertujuan menghentikan pembiayaan dan penglibatan pembayar cukai Amerika dalam entiti yang mengutamakan agenda globalis
  • Informasi mengenai penarikan diri ini disiarkan sebelum Rumah Putih memadamkan halaman yang mengandungi butiran memorandum tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!