Bapa hempas bayi ke dinding hingga maut gara-gara kalah permainan video

MILWAUKEE – Seorang bapa berusia 22 tahun dijatuhi hukuman 12 tahun penjara pada 30 Disember 2025 lalu, selepas mengaku menghempas anak lelakinya yang berusia lapan bulan ke dinding kerana kecewa ketika kalah dalam permainan video NBA 2K.
Insiden itu berlaku pada November 2024 apabila ibu bayi tersebut menemui anaknya tidak sedarkan diri, berkelip-kelip, dan hampir tidak bernafas.
Pemeriksaan hospital mendedahkan bayi itu mengalami patah tulang rusuk, tulang selangka dan patah tengkorak, malah pernah kehilangan denyut nadi dan memerlukan bantuan pernafasan (CPR) beberapa kali untuk diselamatkan.
Pada peringkat awal siasatan, bapa terbabit, Jalin White, memberikan beberapa cerita berbeza mengenai bagaimana kecederaan itu berlaku, termasuk dakwaan bahawa bayi terjatuh dari tilam angin.
Namun, keterangan itu tidak memuaskan pihak berkuasa kerana kecederaan yang serius.
Akhirnya, White mengaku bahawa dia membuang anaknya ke dinding kerana marah selepas ketinggalan dua mata dalam suku keempat permainan NBA 2K.
Peguam bela White menyatakan bahawa anak guamnya menyesal sepenuhnya dan berharap dapat kembali ke masyarakat sebagai individu lebih baik selepas menjalani hukuman. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang bapa berusia 22 tahun dijatuhi hukuman 12 tahun penjara kerana menghempas anaknya ke dinding
- Kejadian berlaku selepas bapa tersebut kecewa kalah dalam permainan video NBA 2K
- Bayi berusia lapan bulan mengalami patah tulang rusuk, selangka, dan tengkorak
- Bapa, Jalin White, pada mulanya memberi alasan tidak konsisten tentang kecederaan bayi tersebut
- White akhirnya mengaku melakukan tindakan tersebut kerana marah selepas ketinggalan dua mata dalam permainan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

