JAKARTA - INDONESIA. Penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna yang baru mengeluarkan single Semalam Bobo Dimana terkenal dengan sensasinya.

Selain dikenali sebagai selebriti di negara seberang, Lucinta juga didakwa sebagai seorang pondan.

Dia didakwa sebagai lelaki bernama Fattah sebelum menjalani pembedahan menukar jantina.

Namun, Lucinta menafikan tuduhan itu dan sering memberikan alasan ketika diminta menunjukkan kad pengenalannya oleh wartawan.

Baru-baru ini, Lucinta membuat pengakuan mengejutkan.

Dia mendakwa telah 'diklaim' oleh Malaysia dan mengaku mahu membeli sebuah rumah dan berpindah ke Kuala Lumpur.

Mendengar pengakuan itu, sejumlah netizen Indonesia gembira dan menyambut baik keputusan penyanyi kontroversi itu.

Antara komen netizen:

"Pindah jauh-jauh dan jangan kembali lagi."

"Malaysia sila ambil manusia jadian ini."

"Malaysia tak pernah 'klaim' manusia jadian seperti kamu."

"Bang, pindah ke hospital saja."

Biarpun dihentam, Lucinta tetap tenang dan enggan melayan cerita negatif mengenainya.

"Semakin ramai haters, semakin saya famous," katanya. - Tribunnews