Tegur makanan kurang satu potong, adik bunuh abang

AHMEDABAD – Hanya kerana menegur hidangan makan malam yang didakwa kurang satu potong makanan, seorang lelaki bertindak menikam dan membunuh abang kandungnya sendiri dalam kejadian di kawasan Shilaj di sini pada 1 Januari lalu.
Dalam insiden berkenaan, Vishnu Khushwani bertindak menikam abangnya, Ramu Khushwani sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.
Menurut polis, kejadian berlaku ketika kedua-dua beradik itu bersama dua sepupu mereka mengadakan makan malam Tahun Baharu yang menyediakan hidangan bukan vegetarian.
Ketika makanan dihidangkan, Ramu menyedari bahagiannya didakwa kurang satu potong makanan, sebelum menegur perkara tersebut kepada adiknya.
Teguran itu mencetuskan pertengkaran mulut. Dalam keadaan marah, Vishnu yang ketika itu sedang memegang pisau untuk memotong bawang bertindak menikam perut abangnya.
Mangsa mengalami pendarahan teruk dan dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas menerima rawatan.
Polis menahan Vishnu dalam tempoh beberapa jam selepas kejadian dan kes disiasat mengikut kesalahan bunuh.
Senjata yang digunakan turut dirampas bagi membantu siasatan.
Seorang pegawai polis berkata, kejadian itu dipercayai berlaku secara spontan tanpa perancangan awal, namun tindakan undang-undang tetap diambil kerana melibatkan kehilangan nyawa.-Agensi
Ringkasan AI
- AHMEDABAD - Seorang lelaki membunuh abang kandungnya kerana hidangan makan malam didakwa kurang satu potong makanan
- Vishnu Khushwani bertindak menikam abangnya, Ramu Khushwani, hingga mangsa meninggal dunia
- Insiden berlaku pada 1 Januari ketika makan malam Tahun Baharu bersama dua sepupu
- Teguran tentang hidangan mencetuskan pertengkaran sehingga Vishnu menikam Ramu
- Polis menahan Vishnu dan menjalankan siasatan kes bunuh
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

