Naib Presiden Venezuela, Rodriguez angkat sumpah sebagai Presiden Sementara

WASHINGTON - Naib Presiden merangkap Menteri Minyak Venezuela secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Presiden Sementara pada Isnin, susulan penahanan Presiden Nicolas Maduro dalam operasi Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu, lapor Agensi Anadolu.
"Saya bersumpah demi Komander Hugo Chavez,” kata Delcy Rodriguez di hadapan Perhimpunan Kebangsaan Venezuela di ibu negara Caracas, sambil menyatakan kekesalan atas penahanan Maduro dan isterinya, Cilia Flores.
Maduro dan Flores ditahan dalam satu operasi awal pagi Sabtu oleh tentera AS, sebelum diterbangkan keluar dari negara itu menuju ke New York untuk prosiding pendengaran awal melibatkan pertuduhan dadah dan senjata api.
Selepas penahanan Maduro, Mahkamah Agung Venezuela mengarahkan Naib Presiden Rodriguez untuk memegang jawatan sebagai pemangku presiden dengan "serta-merta". - Bernama-Anadolu
Ringkasan AI
- Naib Presiden merangkap Menteri Minyak Venezuela, Delcy Rodriguez, mengangkat sumpah sebagai Presiden Sementara
- Penahanan Presiden Nicolas Maduro oleh tentera Amerika Syarikat
- Rodriguez bersumpah demi Komander Hugo Chavez
- Maduro dan isterinya, Cilia Flores, ditahan kerana pertuduhan dadah dan senjata api
- Mahkamah Agung Venezuela mengarahkan Rodriguez memegang jawatan pemangku presiden segera
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
