Gempar bunyi tembakan berhampiran Istana Venezuela

Bunyi letupan itu dikatakan tidak sekuat ketika operasi berskala besar dilancarkan tentera AS pada awal pagi Sabtu. - Foto AFP
Bunyi letupan itu dikatakan tidak sekuat ketika operasi berskala besar dilancarkan tentera AS pada awal pagi Sabtu. - Foto AFP
A
A
A

CARACAS - Bunyi tembakan berhampiran Istana Presiden Venezuela, lewat Isnin sekali lagi menggemparkan negara itu, selepas beberapa hari Nicolas Maduro 'diculik' tentera Amerika Syarikat (AS).

Sumber rapat kepada pemerintah bagaimanapun mengesahkan situasi terkawal.

"Dron tidak dikenali berlegar-legar di ruang udara Istana Miraflores di tengah Caracas.

"Pihak berkuasa bertindak balas dengan melepaskan tembakan ke arah objek itu, beberapa jam selepas Delcy Rodriguez mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden sementara," menurut sumber tersebut.

Bunyi letupan itu dikatakan tidak sekuat ketika operasi berskala besar dilancarkan tentera AS pada awal pagi Sabtu.

"Saya sangkakan ada pesawat, namun hanya dua cahaya merah di ruang udara," kata seorang saksi yang tinggal berhampiran kawasan tersebut.

Rakaman yang dikongsikan di media sosial menunjukkan peluru jejak dilepaskan ke udara dan disusuli pasukan keselamatan bergegas ke istana berkenaan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bunyi tembakan berhampiran Istana Presiden Venezuela lewat Isnin menggemparkan negara
  • Situasi dikawal meskipun keadaan tegang
  • Dron tidak dikenali muncul di ruang udara Istana Miraflores, Caracas
  • Pihak berkuasa melepaskan tembakan ke arah dron tersebut
  • Letupan tidak sekuat serangan tentera AS sebelumnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!