Rumah Naib Presiden AS nyaris dipecah masuk

Pelaku hanya sempat memecahkan tingkap kediaman itu. Gambar kecil: Vance - Foto Agensi
Pelaku hanya sempat memecahkan tingkap kediaman itu. Gambar kecil: Vance - Foto Agensi
A
A
A

CINCINNATI - Seorang lelaki yang dipercayai memecahkan tingkap kediaman Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance dan menyebabkan kerosakan harta benda lain berjaya diberkas pihak berkuasa.

Penahanan suspek dikenali sebagai William Defoor, 26, dibuat ejen Perkhidmatan Rahsia yang dikerahkan ke lokasi kejadian di timur pusat bandar Cincinnati, Ohio pada awal pagi Isnin.

Lelaki itu didapati memecahkan tingkap dengan penukul dan cuba memecah masuk kediaman di kawasan kejiranan Walnut Hills tersebut.

Pelaku turut merosakkan kenderaan milik Perkhidmatan Rahsia.

Difahamkan, Vance bersama keluarganya tidak berada di Ohio ketika insiden tersebut kerana sudah pulang ke Washington.

Rekod pihak berkuasa menunjukkan Defoor pernah terlibat beberapa kes, namun tidak dibicarakan kerana masalah mental dialaminya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki didakwa memecahkan tingkap kediaman Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance
  • Penahanan dibuat oleh ejen Perkhidmatan Rahsia di Cincinnati, Ohio
  • Memecahkan tingkap dengan penukul dan cuba memasuki kediaman
  • Pelaku juga merosakkan kenderaan milik Perkhidmatan Rahsia
  • Vance tidak berada di Ohio kerana telah pulang ke Washington

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!