Penulis biografi, Michael Schumacher meninggal dunia

Penulis biografi terkenal yang berpangkalan di Wisconsin, Michael Schumacher, dilaporkan meninggal dunia.
Penulis biografi terkenal yang berpangkalan di Wisconsin, Michael Schumacher, dilaporkan meninggal dunia.
A
A
A

MADISON – Penulis biografi terkenal yang berpangkalan di Wisconsin, Michael Schumacher, dilaporkan meninggal dunia pada 29 Disember lalu pada usia 75 tahun.

Saluran berita NDTV melaporkan, pemergian tokoh penulisan yang disegani itu disahkan oleh anak perempuannya, Emily Joy Schumacher, namun punca kematian tidak didedahkan kepada umum.

Schumacher dikenali menerusi karya-karya biografi berprofil tinggi, antaranya Francis Ford Coppola: A Filmmaker’s Life, Crossroads: The Life and Music of Eric Clapton serta Dharma Lion, sebuah biografi mengenai penyair Beat terkenal, Allen Ginsberg.

Selain itu, beliau turut menghasilkan buku Mr Basketball yang mengisahkan kehidupan legenda bola keranjang NBA, George Mikan.

Bagaimanapun, pengumuman kematian penulis tersebut menimbulkan kekeliruan di media sosial dan internet susulan persamaan nama dengan bekas juara dunia Formula 1 tujuh kali, Michael Schumacher. – Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Michael Schumacher, penulis biografi terkenal dari Wisconsin, meninggal dunia pada 29 Disember pada usia 75 tahun
  • Kematian beliau disahkan oleh anak perempuannya, Emily Joy Schumacher, namun punca kematian tidak didedahkan
  • Beliau dikenali menerusi karya-karya biografi berprofil tinggi seperti Francis Ford Coppola: A Filmmaker's Life dan Dharma Lion
  • Turut menghasilkan buku Mr Basketball yang mengisahkan kehidupan legenda bola keranjang NBA, George Mikan
  • Kematian penulis menimbulkan kekeliruan di media sosial karena persamaan nama dengan bekas juara dunia Formula Satu, Michael Schumacher

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!