ALOR SETAR - Kerajaan Kedah dengan kerjasama Jabatan Mufti akan memantau kemasukan penceramah bagi mengelak penularan fahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), kata Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.
    
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri itu berkata, usaha tersebut penting untuk menyekat penyebaran ajaran seperti Wahabbi dan Syiah di Kedah.
    
"Individu dikenal pasti akan disenaraikan bagi memastikan mereka tidak dipanggil mengadakan ceramah di sini, bertujuan utama untuk menjaga keharmonian negara," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah peringkat negeri Kedah di sini hari ini.
    
Pejabat Mufti, beliau berkata akan memantau penceramah yang ingin mengadakan ceramah di jabatan-jabatan kerajaan, dan akan menghalang sekiranya mereka berniat menyampaikan ajaran selain fahaman ASWJ.
    
Mohd Rawi bimbang fahaman lain yang menular di Kedah dan Malaysia, boleh menyebabkan huru-hara sehingga berlaku pertumpahan darah sebagaimana berlaku di negara Islam lain.
    
Beliau berkata, tindakan boleh dikenakan ke atas individu menyebarkan fahaman agama seperti Wahabbi dan Syiah di bawah Enakmen Jenayah Syariah yang diwartakan kerajaan Kedah dua tahun lepas.
    
Enakmen itu dikuatkuasakan mulai 1 Mac lepas, dan ia membolehkan tindakan diambil terhadap pengikut dan penyebar fahaman Syiah, kata beliau.
    
"Sekiranya kita mendapat aduan, tindakan akan diambil dan dibawa ke Mahkamah Syariah," katanya.
    
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan pusat telah menyumbang dana pembangunan sebanyak RM3.6 juta kepada 64 Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Maahad Tahfiz bagi membaiki dan membina infrastruktur baharu sekolah berkenaan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Pas Kedah menyifatkan kenyataan Penasihat DAP yang juga Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sebagai angkuh dan terlalu yakin untuk menawan Kedah pada PRU14.
  • ALOR SETAR - Sudah tiba masanya untuk Kedah memasarkan produk-produk pelancongan tanah besar dengan cara lebih agresif dan komersial, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
  • BALING - Pertubuhan Kebajikan Komuniti Muslim Serantau (Perintis) bakal menubuhkan sebuah pustaka di selatan Thailand bagi menghalang fahaman Syiah dalam wilayah Yala.
  • ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan menukar sistem paip air yang sudah lama dan uzur secara berperingkat bagi mengatasi masalah kebocoran yang menyebabkan bekalan air tidak sampai kepada pengguna.
  • ALOR SETAR - Kedah mencatat peningkatan 88.3 peratus kes demam denggi atau 629 kes bagi tempoh 1 Jan hingga 20 Mei lepas, berbanding 295 kes yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.