KUALA TERENGGANU - Seorang buruh dipercayai tergamak mencabul bayi perempuannya yang baru berusia 12 bulan  dalam kejadian di sebuah rumah di Manir, di sini, sejak November lalu.

Bagaimanapun, kejadian malang yang menimpa mangsa hanya disedari ibunya pada Isnin lalu, sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, mangsa dijaga secara bergilir-gilir oleh ibu bapanya kerana pasangan tersebut dalam proses penceraian.

Menurut sumber, pada November lalu, suspek yang berusia 36 tahun datang mengambil mangsa di rumah isterinya, 28, di Manir, di sini, sebelum menghantarnya semula kira-kira jam 12 tengah malam, Isnin lalu.

"Suspek menghantar mangsa dalam keadaan baik dari segi fizikal luaran tetapi semasa hendak menukar lampin, ibu mangsa mendapati ada kesan merah pada kemaluan bayinya.

"Selain itu, ibu mangsa merasa curiga selepas bayinya sering menangis setiap kali kemaluannya dibasuh," katanya.

Sumber berkata, merasa curiga dengan keadaan bayinya, ibu mangsa yakin suspek ada melakukan perkara yang tidak baik terhadap mangsa sepanjang menjaganya sebelum ini.

Jelas sumber, ibu mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan susulan sebelum membawa bayinya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, bagi pemeriksaan lanjut.

Susulan laporan diterima, suspek ditahan dan hari ini, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistert, Noradila Abd Latiff membenarkan suspek direman empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :