PETALING JAYA - Seorang pekerja restoran warga Myanmar ditemui mati dengan enam kesan tetakan dalam kejadian di sebuah kondominium di Kelana Jaya, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku antara tengah malam kelmarin dan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat lelaki berusia 20-an itu ditemui kira-kira jam 11 pagi oleh majikannya.

Beliau berkata, majikan mangsa pergi ke rumah terbabit setelah pekerjanya tidak datang bekerja seperti biasa.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah itu, majikan mangsa menemui mayat pekerjanya terbaring berlumuran darah atas lantai dalam bilik tidur utama.

Katanya, perkara itu terus dilaporkan kepada polis, dan sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala, leher, badan dan paha.

“Tiada sebarang senjata ditemui dan kita menolak motif samun,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Arjunaidi berkata, pihaknya percaya kejadian lebih bermotifkan pergaduhan kerana terdapat kesan pergelutan.

Katanya, pihaknya sedang mengesan rakan sebilik mangsa, yang juga rakan sekerjanya, bagi bantu siasatan.

“Mangsa menyewa rumah terbabit bersama tujuh lagi rakan senegara, manakala rakan sebiliknya menghilangkan diri selepas kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan mangsa baru dua minggu bekerja di restoran sebuah pusat beli-belah berdekatan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Seorang guru maut dipercayai terkena serangan jantung ketika sedang memandu berdekatan lampu isyarat di Jalan Sultanah, di sini, hari ini.
  • JASIN - Seorang warga emas maut ketika menunggang basikal di Kilometer 30 Selandar-Kesang di sini semalam.
  • KOTA BHARU - Seorang pelajar Tahfiz Al-Hashimi yang terlantar di hospital lebih enam bulan akibat kemalangan van beramai-ramai Ramadan lalu di Kuala Krai sudah dibenarkan pulang kelmarin.
  • KUALA KRAI - Seorang lelaki ditemui mati dengan kecederaan di leher dipercayai kesan tembakan di Lepan Anjung, Dabong hari ini.
  • BACHOK - Seorang lelaki maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mengait gewang (umpan tiruan) yang tersangkut pada wayar elektrik di Kampung Bukit Hanyut petang ​semalam.