Batu konkrit tersekat punca banjir di Jalan Bendahara 14

Gunaraj (tengah) meninjau kerja-kerja penggalian bagi mengeluarkan batu konkrit di dalam longkang di Jalan Bendahara 14 di sini pada Khamis. Gambar kecil: Batu konkrit yang berjaya dikeluarkan selepas kerja-kerja penggalian dijalankan.

A
A
A

KLANG - Punca kejadian banjir di Jalan Bendahara 14 di sini disebabkan terdapat batu konkrit di dalam longkang sekali gus menghalang pergerakan air keluar ke saliran utama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunaraj George berkata, perkara itu disedari selepas pihaknya menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang terbabit.

"Batu konkrit ini menjadi punca halangan air keluar dari kawasan perumahan ke longkang monsun," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Batu konkrit yang menghalang pergerakan air yang dikesan terdapat di longkang di Jalan Bendahara 14 di sini pada Khamis.
Batu konkrit yang menghalang pergerakan air yang dikesan terdapat di longkang di Jalan Bendahara 14 di sini pada Khamis.

Gunaraj memberitahu, pihaknya terpaksa mengambil tindakan drastik dengan memecahkan jalan dan longkang bagi mengeluarkan batu konkrit berkenaan.

Jelas beliau, tindakan itu dibuat bagi memastikan sistem saliran air kembali lancar dan tidak menghalang air keluar hingga mengundang kejadian banjir.

"Setelah kerja-kerja pengalihan batu konkrit itu dibuat, kami menerima maklumat daripada penduduk tiada lagi takungan air yang mengakibatkan banjir meskipun hujan lebat.

"Bagaimanapun, kerja-kerja baik pulih sepenuhnya longkang yang pecah disebabkan pengalihan batu konkrit akan dilakukan segera," tambah beliau.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!