PBT jangan ambil masa lama serah Mykiosk kepada peniaga

Aminuddin mencuba kuih yang dijual di sebuah gerai Mykiosk di Jalan Dato' Sheikh Mohd Murtadza, Sikamat.
Aminuddin mencuba kuih yang dijual di sebuah gerai Mykiosk di Jalan Dato' Sheikh Mohd Murtadza, Sikamat.
A
A
A

SEREMBAN - Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta tidak mengambil masa lama untuk mengisi peniaga di kemudahan gerai Mykiosk disediakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin berkata, kemudahan itu dapat memberi lebih keselesaan kepada para peniaga kecil dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

"Saya minta selepas ini apabila Mykiosk ini sampai, jangan tunggu lama-lama, bagi saja terus kepada peniaga.

"Jangan simpan, jangan bila dah buruk baru nak bagi pada peniaga. Kita dah tahu peniaga yang berniaga di situ dan sekiranya ada kosong, barulah kita tengok siapa yang nak," katanya.

**pullquote**

Aminuddin (tiga dari kanan) menyampaikan surat tawaran Mykiosk kepada peniaga terpilih.
Aminuddin (tiga dari kanan) menyampaikan surat tawaran Mykiosk kepada peniaga terpilih.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas melancarkan Mykiosk di Jalan Dato' Sheikh Mohd Murtadza di Sikamat di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar dan Datuk Bandar, Datuk Masri Razali.

Menurutnya, PBT juga diminta menempatkan kemudahan itu di lokasi yang lebih bersesuaian.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama tegasnya, pemantauan secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan peniaga yang terpilih memanfaatkan sepenuhnya kemudahan berkenaan.

"Syarat-syarat yang perlu dipatuhi peniaga telah dinyatakan misalnya tak dibenarkan menutup kedai lebih daripada tujuh hari berturut-turut tanpa maklumkan kepada PBT.

"Kalau sampai tiga bulan tak berniaga, PBT perlu hubungi dapatkan maklumat lanjut. Kemudahan ini bukannya murah, ini kerajaan Persekutuan yang bagi dan ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin," katanya.

Selain itu, beliau juga berharap pihak KPKT dapat menambah baik kemudahan terbabit pada masa akan datang terutama berkaitan kapasiti tenaga solar disediakan.

Bagaimanapun katanya, peniaga boleh mengambil inisiatif menggunakan generator sekiranya mereka mahu memasang kipas dan sebagainya.

"Kalau pasang elektrik nanti kosnya lagi tinggi dan dikhuatiri akan timbul isu lain pula. Lagi pun ini gerai dan bukannya restoran," katanya.

Sementara itu Aminuddin berkata, menerusi peruntukan KPKT tahun lalu, sebanyak 187 gerai Mykiosk telah diluluskan manakala tahun ini 144 gerai.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!