KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang remaja lelaki yang didakwa menumbuk seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kejadian melibatkan sehelai kain rentang di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu dipercayai tercetus apabila mangsa dan tiga rakan sekerjanya menurunkan kain rentang mengecam DBKL yang digantung di bangunan ibu pejabat DBKL.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata tindakan itu dibuat selepas arahan awal supaya sekumpulan remaja serta suspek menurunkannya selepas dipercayai memasang kain rentang tersebut, tidak diendahkan.

"Semasa mangsa dan tiga lagi rakan sekerjanya hendak menurunkan kain rentang itu, remaja berkenaan tiba-tiba datang dan menumbuk mangsa.

"Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan suspek telah ditahan serta diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan," katanya ketika dihubungi.

Mohd Sukri berkata semakan rekod mendapati suspek berusia 23 tahun itu tidak memiliki rekod jenayah dan akan direman.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Seorang penyelia di sebuah pasar raya cawangan Gong Badak, Kuala Nerus, terpaksa menanggung kerugian hampir RM5,000 akibat ditipu individu menyamar anggota polis dipercaya sindiket penipuan ‘Macau Scam’.
  • SIBU - Seorang pemuda menerima padah selepas bertindak agresif terhadap anggota polis di Taman Rejang pada jam 9.20 malam tadi.
  • KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu berjaya menyelesaikan hampir 65 peratus kes jenayah yang disiasat, menjadikannya antara peratusan tertinggi di negara ini sepanjang tahun 2017.
  • SUNGAI PETANI - Dua pengawal keselamatan mengalami kecederaan setelah diserang sekumpulan lelaki bermotosikal di hadapan sebuah perpustakaan di Jalan Kolam Air dekat sini awal pagi semalam.
  • GUA MUSANG - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang tipu helah mana-mana syarikat pinjaman berlesen untuk mendapatkan pinjaman wang.