JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula

JKNNS sedang menyiasat dakwaan pekerja restoran membasuh lebihan makanan untuk dijual semula.
JKNNS sedang menyiasat dakwaan pekerja restoran membasuh lebihan makanan untuk dijual semula.
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan pekerja sebuah restoran di daerah ini yang dipercayai membasuh lebihan makanan untuk dijual semula keesokan harinya.

Pengarah JKNNS, Dr Zuraida Mohamed berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai perkara tersebut pagi tadi dan pegawai penguat kuasa kesihatan telah ke premis itu untuk membuat pemeriksaan lanjut.

"Siasatan lanjut sedang dilakukan sekarang ini dan sebarang tindakan berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian.

"Pihak kami memandang serius mengenai perkara tersebut yang dirasakan tidak sepatutnya berlaku memandangkan ia membabitkan keselamatan dan kesihatan orang ramai,” katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.

Hari ini, tular di Facebook apabila seorang pengguna memuat naik rakaman dan gambar memaparkan seorang pekerja kedai dipercayai sedang membasuh lebihan makanan seperti ayam dan daging untuk digunakan semula keesokan harinya. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan sedang menyiasat dakwaan pekerja restoran membasuh lebihan makanan untuk dijual semula
  • Pengarah JKNNS, Dr Zuraida Mohamed mengatakan pegawai penguat kuasa kesihatan telah membuat pemeriksaan di premis tersebut
  • Siasatan lanjut sedang dilakukan dan tindakan akan dimaklumkan kemudian
  • Pihak berkuasa menganggap isu ini serius kerana ia membabitkan keselamatan dan kesihatan orang ramai
  • Kejadian itu tular di Facebook melalui rakaman dan gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!