KUANTAN - Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Berapa merampas 2,800 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM593,600.

Timbalan Ketua Polis Marin Wilayah Tiga, Superintendan Mohamad Pajeri Ali berkata, pihaknya bertindak selepas mendapat maklumat awam mengenai lori yang membawa muatan rokok seludup  berkenaan.

Menurutnya, unit risikannya berjaya menahan sebuah lori satu tan yang mencurigakan di Jalan Lama Jabor dekat Cheneh kira -kira jam 1.30 pagi semalam.

"Pasukan kita mengejar lori terbabit dan mengarahkan pemandu menghentikan lori.

"Bagaimana pun,pemandu enggan berbuat demikian sebelum mengubah haluan menyebabkan lorinya terhumban ke dalam parit dan melarikan diri ke ladang kelapa sawit," katanya pada sidang media hari ini.

Mohamad Pajeri berkata, hasil siasatan yang dilakukan mendapati beberapa kotak coklat di bahagian belakang lori dipercayai rokok seludup.

"Rampasan keseluruhan bernilai RM673,600 termasuk lori.

"Kami  percaya sindiket itu  didalangi individu tertentu dan bekalan rokok adalah untuk pasaran tempatan,"katanya.

Dalam pada itu katanya, hasil semakan semula terhadap nombor pendaftaran lori mendapati lori itu adalah lori curi.

Kes disiasat di bawah kesalahan Akta Eksais dan Akta Kastam 1967 Seksyen 135 (1)(e).

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Cubaan tiga lelaki warga Thailand menyeludup minyak petrol ke sempadan tidak berjaya selepas tindakan mereka berjaya dikesan dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin ICQS di Rantau Panjang di sini Isnin lalu.
  • PORT DICKSON - Sebanyak 1,496 karton rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai hampir RM100,000 tidak termasuk cukai dirampas polis dalam satu serbuan pada Rabu lalu.
  • KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan menafikan kenyataan kononnya saman merokok di kawasan Pasar Siti Khadijah dan berhampirannya sudah pun dikuat kuasa sedangkan ia tidak benar, sebaliknya pendekatan pendidikan dilakukan pada masa ini.
  • SIBU - Sepasang suami isteri ditahan dalam dua operasi berasingan di Sibu malam tadi kerana dipercayai terlibat aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok.
  • JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 merampas 650 karton rokok bernilai RM61,100 dipercayai cuba diseludup menerusi Ops Gelora Khas/Landai di kawasan Felda Cahaya Baru Masai, di sini, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.