Bapa ditahan disyaki rogol anak usia 13 tahun

Suspek lelaki berusia 34 tahun itu ditahan pada Isnin. Gambar hiasan
Suspek lelaki berusia 34 tahun itu ditahan pada Isnin. Gambar hiasan
A
A
A

RANAU - Seorang lelaki ditahan selepas disyaki merogol anak kandungnya yang berusia 13 tahun dalam kejadian di sebuah kampung di daerah ini.

Suspek lelaki berusia 34 tahun itu ditahan pada Isnin, selepas ibu saudara mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Ranau, Superintenden Mursalin Mahmud berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita yang mendakwa anak saudaranya telah dirogol oleh bapa kandungnya sendiri.

"Kejadian dipercayai berlaku pada jam 2 pagi 20 September lalu, apabila suspek telah masuk ke bilik tidur dan melakukan hubungan seks terhadap mangsa tanpa kerelaan.

"Siasatan awal mendapati, mangsa tinggal bersama bapa kandung dan ibu tirinya. Kejadian berlaku semasa ibu tiri mangsa berada di luar daerah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, susulan kejadian itu suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!