KUANTAN - Sebanyak 40,000 akaun pengguna akan terjejas ekoran kerja-kerja penyelenggaraan paip bersaiz 750MM Mild Steel (MS) di Tangki Soi Jalan Kuantan – Pekan oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) esok bermula  9 pagi sehingga jam 9 malam.

Antara kawasan terlibat adalah seluruh kawasan Indera Sempurna, Jalan Kuantan- Pekan bermula dari Penjara Penor, Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom, Kampung Sri Melati, Kampung Batu Putih, Kampung Semangat, Ubai, Cherok Paloh, Kampung Hijrah, Pantai Sepat, Kampung Chempaka dan Berjaya Permai.

Selain itu, turut terlibat adalah Jalan Bypass Tanjung Lumpur, Kampung Soi, Kampung Pahang, Seluruh kawasan Kempadang, Pak Mahat, Tanjung Lumpur, Peramu, KPJ Specialist dan kawasan sekitarnya.

Pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi persediaan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tersebut.

Pengguna yang ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL), di talian 09-573 9999.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Gangguan bekalan air disebabkan masalah bekalan elektrik terputus di Loji Rawatan Air (LRA) Semanggar, Kota Tinggi berjaya diselesaikan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) awal pagi tadi dan bekalan air mula beroperasi secara berperingkat bermula jam 8 pagi, tadi.
  • SETIU - Seorang ibu yang masih berpantang terpaksa turun bukit mengangkut air di telaga berhampiran rumahnya bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian.
  • KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Ampang dekat sini masih mengalami gangguan bekalan air sementara sejak semalam berikutan paip pecah di Lot 416, Lorong Ikan Emas 12, Kampung Ampang Campuran.
  • PENDANG - Tidak tahan berdepan masalah gangguan bekalan air sejak enam bulan lalu, penduduk dari tiga kampung di Mukim Guar Kepayang, Dun Tokai menuntut Syarikat Air Darul Aman (Sada) menyelesaikan segera isu berkenaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.