JELEBU - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut akibat termakan ubat tekanan darah tinggi milik neneknya di Simpang Pertang, di sini, kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Lee meninggal dunia di Hospital Tuanku Najihah (HTAN) Kuala Pilah, kira-kira 1 petang setelah mengalami muntah-muntah sejurus termakan ubat berkenaan.

Menurut sumber, mangsa sebelum itu menelan sekurang-kurangnya enam biji ubat yang disangkanya gula-gula.

Katanya, kejadian disedari ibu mangsa apabila mendapati kanak-kanak itu mengalami muntah-muntah yang luar biasa.

“Mereka fikir anaknya telah termakan benda beracun kerana keadaan mangsa pada ketika itu sangat lemah akibat mengalami muntah-muntah yang teruk.

“Namun, kanak-kanak itu sempat memberitahu dia telah makan ‘gula-gula’ neneknya yang ada di atas meja.

“Sebaik sahaja melihat keadaan anaknya semakin lemah, mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan susulan,” katanya di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa yang merupakan anak bongsu dari tiga orang adik-beradik itu merupakan seorang yang periang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Seorang pekerja restoran di Aeon Mall Kota Bharu maut selepas motosikal ditunggang terbabas merempuh jentolak berhampiran lampu isyarat di Jalan Maulana Khurasan, di sini, malam kelmarin.
  • KLUANG - Seorang Penolong Pegawai Perubatan di Penjara Simpang Renggam, dekat sini, meninggal dunia apabila dipercayai terjatuh dari tingkat tiga blok Kuarters Seraya, Penjara Simpang Renggam, petang semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.