KOTA BHARU - Lembah Binjai bakal dimajukan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) MPKB-BRI dengan syarikat AUEI Teras Holdings Sdn Bhd bernilai kira-kira lebih RM100 juta.

Pengerusi Jawatankuasa  Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pembangunan Bandar Institusi Pelancongan Lembah Binjai tersebut dijangka bakal merancakkan pembangunan ekonomi di sekitar Parlimen Kubang Kerian, khasnya di Dun Demit.

“Dengan keluasan tanah kira-kira 200 hektar, Lembah Binjai ini akan membabitkan pembangunan perumahan bagi fasa pertama untuk memberi kemudahan kepada penduduk sekitar Parlimen Kubang Kerian.

“Fasa pertama projek ini akan dilaksanakan selepas majlis pecah tanah yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub pada 4 Februari ini, malah pembinaan pasar baru Kubang Kerian dinamakaan Pasar Tok Kenali dijangka memberi kemudahan kepada 500 peniaga.

“Bagi fasa kedua hingga kelima, secara keseluruhan ia memastikan Lembah Binjai pesat membangun sebagai bandar Institusi Pelancongan bertaraf moden,” katanya, di sini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis MoU antara MPKB-BRI dengan syarikat AUEI teras Sdn Bhd yang diwakili Pengarah Urusannya, Rita Sarbani Ismail.

Turut hadir, Yang Dipertua MPKB-BRI, Datuk Zamri Ismail, Setiausahannya, Nik Mohamed Noor Nik Ishak dan Adun Demit, Mumtaz Md Nawi dan Penasihat AUEI Teras Holdings Sdn Bhd, Ir Nik Mohd Amin Nik Taib.

Abdul Fattah berkata, pada masa ini, proses pengambilan tanah sudah berjalan dengan lancar dan pembiayaan projek pula dibiayai seratus peratus oleh syarikat berkenaan, sekaligus membantu pihak kerajaan negeri dalam usaha memajukan lokasi Lembah Binjai dengan pembangunan moden.

Sementara itu, Rita Sarbani berkata, syarikatnya yang beribu pejabat di Kubang Kerian sudah melaksanakan pelbagai projek perumahan termasuk pembinaan apartmen dan bazar perniagaan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PAGOH - Dalam usaha mendepani arus kemodenan serta kemajuan hasil kejayaan pelbagai sudut ekonomi di negeri ini, kerajaan negeri memberi jaminan tidak akan sesekali meminggirkan ekonomi tradisional berikutan ia sektor penting di Johor.
  • ISKANDAR PUTERI - Ekonomi Johor dijangka terus melonjak susulan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri dalam Bajet Johor 2018.
  • KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau akan memberi fokus kepada pembangunan ekonomi digital negeri dan tumpuannya kepada usaha itu tidak terjejas disebabkan komen negatif daripada mana-mana pihak atau individu.
  • SEREMBAN - Pertumbuhan ekonomi Bumiputera pada masa akan datang akan dijadikan salah satu agenda pada Persidangan Agung Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 18 dan 19 November ini.
  • KOTA BHARU - Pahang dan Terengganu di antara dua buah negeri yang akan turut sama berada di kawasan Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand atau Indonesia, Malaysia and Thailand Growth Triangle) (IMT-GT) dalam mengembangkan lagi pertumbuhan ekonomi antara kawasan selatan Thailand dan semenanjung negara ini.