KOTA BHARU - “Jangan halau anak perempuan jika dia mengandung luar nikah kerana bayi yang dikandung itu tidak berdosa,”
kata Pengerusi JawatankuasaPembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar.

Menurutnya, ibu bapa perlu menjadi pembimbing dan penyelamat kepada anak-anak dan tidak terus membiarkan mereka dibelenggu dengan dosa.

”Sudahlah anak itu tidak dijaga dengan baik sebelum ini, bila mengandung hendak dihalau pula dan ia sepatutnya tidak berlaku.

”Kita perlu sama-sama menjaga anak-anak kita dan saya yakin di bawah pemerintahan ulama semua perkara negatif tersebut dapat dihindari,” katanya semasa merasmikan Program Cakna Rakyat Dun Bunut Payung yang diadakan di Padang Kampung Lembah Sireh, di sini.

Program Cakna Rakyat yang bertemakan kesihatan itu memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma, berbekam, urutan dan sebagainya.

Menurutnya, anak-anak adalah harta yang sangat berharga dan disebabkan itulah ibu bapa harus mengutamakan tanggungjawab
terhadap mereka supaya generasi pewaris itu menjadi insan yang berguna di masa akan datang.

Wan Ubaidah berkata, bukan sekadar memberikan kemewahan dan pendidikan sahaja kepada mereka tetapi ilmu agama juga harus seiring kerana ia akan menjadi benteng kepada mereka sepanjang mengenal dunia.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - "Saya tidak takut pun, saya nak bersunat," kata kanak-kanak berusia lima tahun dari Kampung Tapang yang menjadi peserta paling muda daripada kira-kira 100 orang yang menyertai program khatan beramai-ramai, di sini hari ini.
  • KOTA BHARU - Harga sayur mula naik sejak tiga hari lalu, manakala harga ikan masih kekal di Pasar Siti Khadijah, di sini, disebabkan bekalan pada musim tengkujuh berkurangan.
  • KOTA BHARU - Pemuda Umno Kelantan hari ini mendesak agar Speaker Dun Kelantan dan timbalannya supaya meletak jawatan dengan segera ekoran tindakan mereka yang dianggap mencemarkan kesucian dewan.
  • KOTA BHARU - Seorang pemandu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cawangan Tanah Merah direman tujuh hari bermula hari ini selepas didakwa menerima rasuah sebanyak RM500 daripada seorang lelaki sebagai balasan bagi membatalkan waran tangkap adiknya yang gagal dalam saringan positif dadah.
  • KOTA BHARU - Rumah yang menjadi tempat berlindung lapan beranak ini berada dalam keadaan senget dan hampir roboh, namun mereka tiada pilihan kerana itu satu-satunya tempat tinggal yang mereka ada.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.