X

Kindly register in order to view this article
!

Nama Anwar tiada dalam struktur Pakatan Harapan

Mahathir. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Mahathir. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

SHAH ALAM - Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dimasukkan di dalam perlembagaan Pakatan Harapan yang diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jawatan Ketua Umum Pakatan Harapan diletakkan tanpa nama penyandangnya.

"Soal personaliti tidak timbul. Apabila kami hantar perlembagaan, kami tidak bagi nama siapa yang pegang jawatan kita cuma namakan jawatan sahaja,” katanya kepada pemberita pada  sidang media selepas menyerahkan logo di pejabat ROS, di sini hari ini.

Ditanya  jawatan Ketua Umum ada dalam struktur kepimpinan Pakatan Harapan, Mahathir mengakui perkara tersebut.

"Jawatan Ketua Umum ada diletakkan di dalam perlembagaan tetapi siapa yang mengisi jawatan tidak perlu disebut.

“ROS pun terima perlembagaan kami. Tidak ada masalah," katanya.

Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan baharu dengan menamakan Anwar sebagai Ketua Umum, Mahathir sebagai Pengerusi dan Presiden adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengumuman tersebut dibuat selepas mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Harapan yang berlangsung lebih 4 jam pada 14 Julai lalu.

Disyorkan artikel ini:

Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!