X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan jadi pembangkang yang semberono

Dr Abdul Halim
Dr Abdul Halim
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat perlu menjadi satu institusi yang sihat serta konstruktif untuk pembangunan negara bukan sekadar membangkang semberono. Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, jika ada cadangan kerajaan yang baik untuk rakyat, pembangkang harus menyokong bukan mempolitikkannya. “Sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, ini memanglah perkara yang dialu-alukan bahawa pihak pembangkang bukan sahaja menjadi pembangkang kerana mempolitikkan isu tetapi menjadi satu badan atau institusi pembangkang yang sihat serta konstruktif untuk pembangunan negara. “Jadi, kalau itu yang (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) nak buat...amat dialu-alukan. Bagus. Kerana pembangkang boleh bekerjasama sesama mereka dan memberi sumbangan yang positif kepada pembangunan negara dan rakyat yang mereka perjuangkan,” katanya kepada Sinar Online. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal kenyataan Wan Azizah yang mahu mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pemimpin PKR, Pas dan DAP berhubung cadangannya mewujudkan kabinet bayangan PR. Menyentuh soal kabinet bayangan PR itu, Abdul Halim akui ia langkah yang positif seperti beberapa negara luar yang mengamalkannya demi membantu negara. “Sebab itu, apabila diumumkan tempoh hari akan ada kabinet bayangan seperti di Britain, ini amat baik. Pendekatan yang amat positif. "Cuma, dari segi pelaksanaan itu, mereka perlulah melaksanakan sebaik yang kita lihat seperti diamalkan di Britain. Jadi, isu-isu yang dibangkitkan misalnya belanjawan yang dibentangkan sebelum ini oleh PM, mereka kena kupas satu persatu. “Benda yang baik, mereka kena sokong bukan sekadar membangkang semberono. Itu tak betul. contohnya Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), mereka perlu bangkit membantu...menyokong bukan membangkang saja-saja. Itu tidak konstruktif," katanya. Beliau menambah, Wan Azizah boleh berbincang dengan komponen-komponen PR bagi hasil yang lebih positif. "Memberi kerjasama dalam membangunkan negara. Itu penting. Bukan sekadar membangkang untuk menjadi politik pembangkang semata-mata. Itu tidak betul,” katanya lagi.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!