X

Kindly register in order to view this article
!

KPDNHEP rampas 1,224 pakaian tiruan

Penguat kuasa KPDNHEP melihat pakaian yang disyaki berjenama tiruan dalam operasi membabitkan tiga premis di Dungun semalam.- Foto KPDNHEP
A
A

DUNGUN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Dungun merampas 1,224 helai pakaian berjenama tiruan bernilai lebih RM30,000 dalam Ops Jeriji di sebuah pasar pagi di sini semalam.

Dalam operasi jam 8.15 pagi di tiga premis perniagaan berbeza bersama wakil cap dagang berdaftar itu, tiga lelaki tempatan turut ditahan kerana disyaki menjual pakaian yang menggunakan cap dagangan secara salah.

Ketua KPDNHEP Cawangan Dungun, Muhammad Khairuddin Ali @ Abdul Aziz berkata, lelaki berusia antara 30 hingga 35 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 102 (1) (ii) di bawah akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan cap dagangan berdaftar secara salah atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Mohd Khairuddin, orang ramai diminta lebih berhati-hati dan bijak memilih barangan berjenama dalam pasaran supaya tidak terpedaya dengan taktik peniaga yang cuba mengambil keuntungan melalui cara mudah.

Beliau berkata, orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan kesalahan itu melalui talian bebas tol 1-800-886-800, hubungi Pusat Arahan Penguatkuasaan di talian 03 8882 6088 / 6245, aduan melalui aplikasi WhatsApp 019-279 4317 atau secara atas talian http://eaduan.kpdnhep.gov.my,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!