Kasut, pakaian sukan tiruan RM83,000 dirampas

Pemeriksaan menemui 1,500 unit barangan seperti kasut dan set pakaian sukan yang disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar secara salah di tempat kejadian.
Pemeriksaan menemui 1,500 unit barangan seperti kasut dan set pakaian sukan yang disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar secara salah di tempat kejadian.
A
A
A

IPOH - Sebanyak 1,500 kasut dan pakaian sukan berjenama tiruan bernilai RM83,000 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak dalam satu operasi di Parit Buntar pada Rabu.

Operasi sekitar jam 12 tengah hari bersama wakil pemilik cap dagang itu menyasarkan aktiviti pengedaran dan penjualan barang tiruan di sekitar Jalan Pasar.

Pengarah KPDN negeri, Datuk Kamalludin Ismail berkata, daripada maklumat diperolehi berjaya mengesan empat premis yang disyaki dijadikan stor penyimpanan barang tiruan.

"Hasil pemeriksaan kemudiannya menemui 1,500 unit barangan seperti kasut dan set pakaian sukan yang disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar secara salah di tempat kejadian.

"Verifikasi awal dijalankan wakil pemilik cap dagang berdaftar mendapati semua barangan tersebut adalah tiruan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, semua barangan telah dirampas untuk siasatan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Katanya, mana-mana individu mahupun syarikat diingatkan supaya tidak melanggar undang-undang terutama membabitkan penjualan dan pengedaran barangan tiruan bagi mengelak dikenakan hukuman.

"Orang ramai juga diminta menyalurkan maklumat kepada kementerian ini dengan melaporkan kegiatan ini agar tindakan lanjut dapat diambil," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!