Selangor digesa ambil tindakan tegas atasi isu pencemaran air

Air Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di tujuh wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, dan Kuala Langat bermula 10 pagi semalam.
Air Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di tujuh wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, dan Kuala Langat bermula 10 pagi semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor digesa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pencemaran sungai di negeri ini sehingga mengakibatkan gangguan bekalan air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, pihaknya beranggapan terdapat agensi melibatkan pihak-pihak berkuasa yang melindungi kegiatan pihak tidak bertanggungjawab membuang sebarang sisa minyak atau bahan kimia sehingga menyebabkan pencemaran sungai kerap berlaku.

"Situasi yang berlaku kini menunjukkan kelemahan pentadbiran di mana seolah-olah tiada usaha pemantauan rapi dibuat oleh pihak yang berkuasa sehingga menyebabkan perkara sama terus berlaku berulang kali.

"Pihak terbabit yang melakukan jenayah alam sekitar ini hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan masalah yang akan ditanggung dan memberi kesan kepada persekitaran ekosistem," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Azmizam berkata, kerajaan Selangor juga perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membincangkan perkara itu secara terperinci supaya ia tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

"Buatlah yang terbaik dan kalau perlu dapatkan khidmat nasihat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) demi kepentingan rakyat Selangor," katanya.

Sebelum ini, Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di tujuh wilayah iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, dan Kuala Langat bermula 10 pagi semalam.

ARTIKEL BERKAITAN Gangguan bekalan air: Pencemaran masih dikesan di muka sauk

Artikel Berkaitan: