Lelaki maut dua motosikal bertembung

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal lain yang ditunggang secara melawan arus di Jalan Perindustrian 3, Kamunting di sini malam tadi.
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal lain yang ditunggang secara melawan arus di Jalan Perindustrian 3, Kamunting di sini malam tadi.
A
A
A

TAIPING - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal lain yang ditunggang secara melawan arus di Jalan Perindustrian 3, Kamunting di sini malam tadi.

Dalam kejadian sekitar 9.05 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Razin Azhar, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang sendirian motosikal jenis Kawasaki dalam perjalanan dari arah Kamunting ke Aulong.

Menurutnya, pada masa sama, datang motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 26 tahun yang menunggang secara melawan arus di lorong berkenaan.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kedua-dua motosikal terbabit bertembung menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi patah kaki kiri dan dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut," katanya.

Siasatan lanjut mengikut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan jalan 1987.

Artikel Berkaitan: