X

Kindly register in order to view this article
!

Dua termasuk lelaki Singapura ditahan, RM1 juta rokok dirampas

Dimin memeriksa sebahagian daripada rokok-rokok haram yang dirampas melibatkan nilai lebih RM1 juta, selepas sidang akhbar di sebuah rumah di Taman Universiti, Johor Bahru, hari ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki termasuk seorang warga Singapura dan merampas rokok seludup dianggarkan bernilai lebih RM1 juta di Taman Sutera di sini hari ini.

Komander Kem Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Superitendan Dimin Awang berkata, sepasukan pegawai dan anggota PGA melihat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang mencurigakan pada jam 2 petang di taman itu.

Beliau berkata, siasatan mendapati MPV itu baru sahaja memindahkan beberapa kotak rokok ke dalam sebuah Proton Exora. PGA bertindak pantas dan sempat menghalang pemandu kenderaan itu daripada memecut laju manakala pemandu Proton Exora itu sempat melepaskan diri.

"Kita menahan pemandu Toyota Vellfire itu yang merupakan lelaki Singapura dan pemeriksaan menemukan wang tunai RM15,000," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sepasukan anggota PGA yang lain mengejar Proton Exora tersebut hingga membawa ke sebuah rumah di Jalan Kemuliaan 35 di sini.

Dimin memeriksa sebahagian daripada rokok-rokok haram yang dirampas melibatkan nilai lebih RM1 juta, selepas sidang akhbar di sebuah rumah di Taman Universiti, Johor Bahru, hari ini.
Dimin memeriksa sebahagian daripada rokok-rokok haram yang dirampas melibatkan nilai lebih RM1 juta, selepas sidang akhbar di sebuah rumah di Taman Universiti, Johor Bahru, hari ini.

"Suspek kemudian naik ke atas bumbung untuk mengelak ditangkap tetapi terjatuh dan mengakibatkan kaki kirinya patah.

Suspek kedua itu merupakan lelaki tempatan. Dua suspek itu berusia 31 dan 49 tahun," katanya.

Jelasnya, pemeriksaan di rumah tersebut menemukan kotak mengandungi rokok haram dipercayai dari negara jiran yang diseludup masuk untuk pasaran tempatan.

"Ini merupakan rampasan rokok haram terbesar PGA tahun ini melibatkan nilai RM1.7 juta termasuk dua kenderaan yang mereka gunakan itu," katanya.

Menurutnya, suspek yang patah kaki itu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kita telah mengawasi sindiket ini selama satu bulan. Mereka dipercayai aktif mengedar rokok haram selama setengah tahun.

Tambahnya, kedua-dua suspek diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!