Sila log masuk terlebih dahulu.

'Rumah saya RM1 juta sahaja, bukan RM7.8 juta' - Abang Sanusi

14 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 14 JULAI 2023

Rumah banglo milik abang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Kampung Batu Lapan, Sik bernilai kira-kira RM1 juta ringgit bukannya RM7.8 juta seperti yang tular, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Perkara itu disahkan sendiri pemiliknya, Shabudin Md Nor yang kini tinggal di sebuah rumah pusaka milik keluarga isteri, setelah bapa mentua meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Shabudin yang merupakan penyelam dasar laut sebelum ini pernah berkhidmat sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/268214/edisi/utara/rumah-saya-rm1-juta-sahaja-bukan-rm78-juta---abang-sanusi

Muzik: www.bensound.com