X

Kindly register in order to view this article
!

Setiausaha Luar Filipina mahu hidupkan kembali pejabat tuntut Sabah

Locsin membuat kenyataan bahawa terdapat usaha menawarkan rasuah kepada calon-calon Presiden Filipina untuk menggugurkan tuntutan terhadap Sabah. Gambar kecil: Teddy Locsin
A
A

KUALA LUMPUR - Desakan tuntutan kerajaan Filipina terhadap negeri Sabah semakin memuncak apabila seorang pegawai tinggi kerajaan itu mengeluarkan kenyataan akan menghidupkan kembali pejabat yang bertanggungjawab mengenai perkara itu.

Akhbar The Philippine Inquirer melaporkan, Setiausaha Luarnya, Teddy Locsin akan menghidupkan kembali pejabat Hal Ehwal Borneo Utara di Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) negara itu.

Locsin berkata, terdapat biro lama dalam DFA yang secara eksklusif menumpukan perhatian pada masalah itu, merujuk kepada Pejabat Hal Ehwal Borneo Utara.

“Ingin tahu adakah ia masih belum selesai. Akan menghidupkannya atau beri nafas baharu,” katanya sebagaimana dilaporkan The Philippine Inquirer hari ini.

Locsin membuat kenyataan itu selepas mendakwa terdapat usaha menawarkan rasuah kepada calon-calon Presiden Filipina untuk menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.

Filipina mempunyai tuntutan lama terhadap Sabah berdasarkan sejarah pemilikan Sultan Sulu yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara.
Filipina mempunyai tuntutan lama terhadap Sabah berdasarkan sejarah pemilikan Sultan Sulu yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara.

Beliau mendakwa, tawaran rasuah itu bermula sejak 1970-an kerana calon terbabit kekurangan dana dalam kempen mereka.

"Rakyat Filipina mesti tahu bahawa apa yang ditawarkan (rasuah) itu adalah amat besar untuk mengkhianati (Filipina).

"Terdapat keinginan tambahan untuk mengalu-alukan (penyertaan Sabah) ke negara asalnya," kata Locsin.

Tuntutan Filipina terhadap Sabah 'semakin panas' susulan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina membuat keputusan membenarkan cetakan peta Filipina meliputi kawasan 320km Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan Sabah dalam pasport negara itu.

Filipina mempunyai tuntutan lama terhadap Sabah berdasarkan sejarah pemilikan Sultan Sulu yang sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara.

Malaysia sudah menegaskan tidak akan mengiktiraf dan memenuhi tuntutan mana-mana pihak terhadap Sabah yang secara rasmi menjadi sebahagian daripada Malaysia ketika pembentukan negara itu pada tahun 1963.

Susulan kenyataan Locsin di Twitter pada Julai lalu mengatakan Sabah bukan dalam Malaysia, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Locsin kerana mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab yang mempengaruhi hubungan dua hala.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!