Shinjiru taja kit asas Covid-19 kepada Sinar Harian

Wani Shaari (depan, dua dari kiri) ketika menyerahkan tajaan kit asas Covid-19 kepada petugas Sinar Harian Khamis lalu.
Wani Shaari (depan, dua dari kiri) ketika menyerahkan tajaan kit asas Covid-19 kepada petugas Sinar Harian Khamis lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Prihatin terhadap risiko jangkitan penyakit kepada petugas media, Shinjiru Technology Sdn Bhd (Shinjiru) menyantuni petugas barisan hadapan menerusi sumbangan kit asas Covid-19 kepada kakitangan Sinar Harian.

Pengarah Jualan Shinjiru, Wani Shaari berkata, kit asas tersebut mengandungi pelitup muka pakai buang, cecair pembersih tangan dan sabun kertas yang boleh digunakan wartawan apabila keluar bertugas di tempat awam.

Menurutnya, pihaknya mengambil inisiatif menaja kit berkenaan selepas menyedari wartawan adalah antara petugas barisan hadapan yang sering terdedah kepada penyebaran wabak koronavirus (Covid-19).

“Tugas harian mereka (wartawan) melibatkan pergaulan dan interaksi bersama masyarakat umum di tempat sesak.

“Kami di Shinjiru berhasrat membantu mengurangkan risiko jangkitan ini dengan menyediakan sedikit keperluan asas seperti pelitup muka dan set pencuci yang boleh dibawa ke mana-mana,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan tajaan kit tersebut kepada Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin di Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam pada Khamis lalu.

Artikel Berkaitan: