Afdlin Shauki dilantik Pengerusi YWP Media Sdn Bhd

Afdlin Shauki dilantik sebagai pengerusi YWP Media Sdn Bhd.
Afdlin Shauki dilantik sebagai pengerusi YWP Media Sdn Bhd.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki dilantik sebagai pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Media Sdn Bhd.

Afdlin turut memaklumkan, pihaknya dalam usaha mewujudkan portal yang lebih menumpukan kepada berita positif.

"Nantikan kehadiran portal yang penuh dengan berita-berita menarik dan positif! Cukuplah berita-berita negatif dan menyakitkan.

"Kita bagi maklumat, inspirasi dan harapan kepada warga Wilayah Persekutuan!," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, Afdlin melahirkan rasa syukur di atas pelantikan tersebut.

Tambahnya, beliau akan menjalankan tanggungjawab yang diberikan itu dengan sebaik mungkin.

"Besar tanggungjawab yang dipikul ini dan Insya-ALLAH bersama, kita akan membuat pembaikan dan peningkatan kepada YWPM ini," ujarnya.