Lans Koperal maut renjatan elektrik: Waris terima lebih RM200,000, dapat pencen bulanan

Saifuddin Nasution (dua,kanan) bersama Mohd Yusoff menyampaikan Pampasan Kematian (Skim Takaful Berkelompok) kepada balu Allahyarham Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz yang terkena renjatan elektrik iaitu Fatimah Syaera serta anak mereka, Hariz Idraqi, 2, di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, Kota Bharu pada Rabu. Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Saifuddin Nasution (dua,kanan) bersama Mohd Yusoff menyampaikan Pampasan Kematian (Skim Takaful Berkelompok) kepada balu Allahyarham Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz yang terkena renjatan elektrik iaitu Fatimah Syaera serta anak mereka, Hariz Idraqi, 2, di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, Kota Bharu pada Rabu. Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
A
A
A

KOTA BHARU - Keluarga anggota polis Allahyarham Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Rahim yang maut akibat renjatan elektrik di Sabah menerima sumbangan dan bayaran berkaitan berjumlah lebih RM200,000 selain bakal menikmati pencen bulanan untuk isteri serta ibunya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah itu merangkumi pelbagai bentuk sumbangan termasuk daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Kelantan, bayaran takaful serta caruman arwah sebagai anggota Koperasi Polis.

Menurut beliau, pihaknya turut mengarahkan Pengurusan Bukit Aman untuk mempercepatkan secara 'fast track' semua bentuk bayaran lain yang layak diterima keluarga anggota berkenaan.

"Tujuannya untuk meringankan beban keluarga kerana arwah meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki umur dua tahun.

"Saya sendiri memberi jaminan kepada isteri dan keluarga bahawa kesemua perkara yang berkaitan dengan urusan itu akan kita percepatkan. Tidak melalui proses biasa,"katanya semasa sidang akhbar pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

Jolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrik

Sabah Electricity siasat punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

Anwar arah siasatan menyeluruh kejadian anggota polis maut di Beaufort

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu beliau bersama Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengadakan lawatan ke rumah balu Allahyarham Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz yang terkena renjatan elektrik iaitu Fatimah Syaera Zahrul Saharudin, 28, serta anak mereka, Hariz Idraqi, 2, di Kampung Hutan Pasir, Ketereh di sini.

Ujar Saifuddin Nasution, sebagai anggota pasukan polis yang bersifat rejimental, aspek kebajikan anggota sentiasa diberikan perhatian terutama apabila berlaku kehilangan anggota.

"Setiap kehilangan anggota walau apa pun kedudukan jawatannya, rankingnya, adalah merupakan satu kehilangan besar buat pasukan polis," katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, isteri arwah turut dinamakan sebagai penerima pencen bulanan termasuk ibunya.

Ujarnya, isteri Allahyarham akan menerim pencen berjumlah RM800 manakala ibu, RM200.

Dalam pada itu, beliau turut meminta keluarga berkenaan supaya memaklumkan kepada pasukan polis melalui IPK sekiranya memerlukan sebarang bantuan berkaitan kebajikan anak arwah pada masa akan datang.

Kata beliau, ia merupakan tanda simpati dan sokongan pasukan polis bagi membantu meringankan kesedihan serta menjaga kebajikan keluarga anggota yang terkorban.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!