Komplot singkir MB Perak: Pas tidak terlibat

Razman Zakaria
Razman Zakaria
A
A
A

IPOH - Pas Perak tidak mengetahui wujud gerakan untuk menyingkirkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melalui undi tidak percaya.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya sama sekali tidak terlibat malah tidak langsung dihubungi mana-mana pihak berkaitan perkara tersebut.

Menurutnya, Pas Perak berpegang kepada prinsip yang mengiktiraf kerajaan sedia ada berlandaskan proses demokrasi.

"Kita menentang dari awal tindakan menjatuhkan kerajaan sebagaimana kita telah rasa pada tahun 2009.

"Maka kita tidak akan melakukan perkara itu ke atas MB sekarang," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak, hari ini.

Semalam, Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad mendedahkan beberapa Adunnya dihubungi lebih daripada seorang Exco kerajaan Perak bagi mendapatkan sokongan untuk usul undi tidak percaya kepada menteri besar.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adun BN dipujuk singkir MB Perak]

Bagaimanapun hari ini, Ketua Armada Bersatu Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh meminta pemimpin PH menyiasat perkara tersebut.

Artikel Berkaitan:


[ARTIKEL BERKAITAN: Siasat dakwaan exco komplot jatuhkan MB Perak]