Mayat lelaki jatuh Jambatan Pulau Pinang ditemui

 Lelaki yang dilaporkan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada malam Isnin lalu ditemukan terapung berhampiran Jeti Pengkalan Raja Uda di sini pagi tadi.
Lelaki yang dilaporkan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada malam Isnin lalu ditemukan terapung berhampiran Jeti Pengkalan Raja Uda di sini pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Lelaki yang dilaporkan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada malam Isnin lalu ditemukan terapung berhampiran Jeti Pengkalan Raja Uda di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mayat lelaki berusia 24 tahun itu ditemui oleh anggota penyelamat yang melakukan operasi mencari dan menyelamat kira-kira jam 8.45 pagi.

Menurutnya, mayat lelaki terbabit dibawa oleh pasukan bomba ke Jeti Pasukan Polis Marin di Batu Uban sebelum menjalani proses sanitasi yang dilakukan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Selepas selesai proses terbabit mayat lelaki berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang.

Dalam kejadian jam 8.36 malam itu, lelaki berusia 24 tahun itu dikatakan memberhentikan keretanya di tepi jalan di Kilometer 2.2 jambatan berkenan dari arah pulau menuju ke Perai sebelum dia dilihat terjatuh.

Selepas menerima maklumat kejadian itu daripada pihak pengurusan jambatan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan.

Polis menemui kereta jenis Perodua Bezza yang masih dalam keadaan enjin belum dimatikan dan hasil pemeriksaan menemui dompet serta kad pengenalan dipercayai milik lelaki terbabit.

Artikel Berkaitan: