X

Kindly register in order to view this article
!

Sambutan Maal Hijrah dirai sederhana di Negeri Sembilan

Tuanku Muhriz berkenan menyampaikan Anugerah Khas kepada barisan hadapan yang berkhidmat di Negeri Sembilan sepanjang Covid-19.
A
A

SEREMBAN - Sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan disambut secara sederhana dengan penyampaian Anugerah Khas bagi menghargai enam pemimpin barisan hadapan yang berkhidmat sepanjang pandemik koronavirus (Covid-19) di Masjid Negeri semalam.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan berangkat pada majlis sambutan itu.

Pemimpin barisan hadapan yang menerima anugerah khas itu ialah Panglima 1 Briged Kem Rasah, Brigedier Jeneral Mohd Nazri Abd Rahman; Ketua Polis Negeri, Datuk Mohamad Mat Yusop dan Pengarah Kesihatan Negeri, Datin Dr Harlina Abdul Rashid.

Tuanku Muhriz (tengah) berkenan berangkat pada majlis sambutan Maal Hijrah yang diadakan secara ringkas di Masjid Negeri semalam.
Tuanku Muhriz (tengah) berkenan berangkat pada majlis sambutan Maal Hijrah yang diadakan secara ringkas di Masjid Negeri semalam.

Turut menerima anugerah ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Rosnah Sardi; Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri, Lt Kol (PA) Fazlisyah Muslim dan Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Negeri, Khairul Aswadi Kamarudin.

Majlis itu dimulai dengan bacaan doa akhir tahun 1441H dan bacaan doa awal tahun 1442H yang dipimpin Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!