PATI Indonesia sembunyi dalam ladang kelapa sawit

Kumpulan QRF memeriksa tujuh PATI yang ditahan ketika bersembunyi dalam kawasan ladang kelapa sawit dipercayai sedang menanti bot untuk pulang ke Indonesia di Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar, Kota Tinggi, malam tadi.

A
A
A

KOTA TINGGI - Kesan tapak kaki membawa kepada penangkapan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bersembunyi di Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar dekat sini malam tadi.

Kedudukan mereka ditemui selepas kumpulan Quick Reaction Force (QRF) menyusuri kesan tapak kaki dalam ladang kelapa sawit berkenaan sebelum bersama Pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) melakukan serbuan melalui Op Benteng pada jam 9.15 malam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, PATI tersebut terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita berusia sekitar 20 hingga 44 tahun.

"Mereka dipercayai saki-baki tangkapan yang dilakukan semalam dan sedang menunggu bot untuk pulang ke Indonesia," katanya.

Tujuh PATI ditahan ketika bersembunyi dalam kawasan ladang kelapa sawit dipercayai sedang menanti bot untuk pulang ke Indonesia di Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar, Kota Tinggi, malam tadi.
Tujuh PATI ditahan ketika bersembunyi dalam kawasan ladang kelapa sawit dipercayai sedang menanti bot untuk pulang ke Indonesia di Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar, Kota Tinggi, malam tadi.

Tambahnya, pasukan berkenaan turut merampas wang tunai membabitkan nilai keseluruhan RM11,345.

Menurut kenyataan itu, kesemua PATI dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang dan dikendalikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang pandemik koronavirus (Covid-19) selain ujian saringan koronavirus (Covid-19).

Pasukan meneruskan kawalan keselamatan di pesisir pantai dan laporan tangkapan terhadap kesemua PATI dibuat di Balai Polis Bayu

Artikel Berkaitan:

Damai, Pengerang dan akan diserahkan ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.