Mayat terbakar tanpa identiti ditemui di kebun kelapa sawit

Mayat tanpa identiti ditemui terbakar di tepi kebun kelapa sawit berhampiran kandang lembu di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar pada Selasa.
Mayat tanpa identiti ditemui terbakar di tepi kebun kelapa sawit berhampiran kandang lembu di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar pada Selasa.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Mayat tanpa identiti ditemui terbakar di tepi kebun kelapa sawit berhampiran kandang lembu di Kampung Sungai Limau di sini pada Selasa.

Kejadian disedari orang awam yang ternampak asap di dalam semak ketika melalui kawasan berhampiran kira-kira jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, polis yang menerima maklumat terbabit bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

"Kita masih menjalankan siasatan awal berhubung penemuan mayat berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang awam dinasihatkan membuat laporan polis sekiranya terdapat ahli keluarga mereka yang hilang atau tidak pulang ke rumah.

"Selain itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam bagi membantu siasatan," ujarnya.

Tegas beliau, semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berhubung motif kejadian terbabit dan orang awam juga diminta tidak menyebarkan sebarang spekulasi kerana motif sebenar kejadian belum dapat dipastikan.