11 kakitangan syarikat perkapalan direman kes rasuah

Seramai 11 individu dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, bagi mendapatkan perintah reman hari ini.
Seramai 11 individu dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, bagi mendapatkan perintah reman hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 11 individu termasuk bekas ketua bahagian operasi syarikat kejuruteraan perkapalan direman empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai kira-kira RM750,000 berkaitan projek pembaikan kapal dari 2015 hingga 2019.

Perintah reman sehingga 21 Ogos itu dikeluarkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Menurut sumber, kesemua suspek berumur antara 37 hingga 56 tahun ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Bahru antara jam 1 tengah hari hingga 2.30 petang semalam dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar negeri terbabit.

Difahamkan, selain daripada bekas ketua bahagian operasi syarikat itu, penahanan turut melibatkan tujuh bekas pegawai kanan syarikat serta tiga individu lain yang masih berkhidmat di syarikat kejuruteraan perkapalan berkenaan.

Kesemua suspek tersebut disyaki telah meminta dan menerima wang rasuah daripada dua buah syarikat kontraktor sebagai balasan memberikan projek pembaikan kapal dan mempercepatkan proses tuntutan pembayaran.

Suspek dikatakan telah meminta kedua-dua buah syarikat kontraktor tersebut supaya membayar rasuah secara berperingkat.

Artikel Berkaitan: