Restoran Ali Maju Taman Sri Rampai ditutup 14 hari

Notis penutupan ke atas Restoran Ali cawangan Taman Sri Rampai yang tular semalam.
Notis penutupan ke atas Restoran Ali cawangan Taman Sri Rampai yang tular semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemilik Rangkaian Restoran Ali Maju Sdn Bhd, Datuk Jawahar Ali Taib Khan mengesahkan menerima notis penutupan selama 14 hari di salah sebuah cawangan restoran di Taman Sri Rampai semalam.

Jawahar berkata, pihaknya akur dengan arahan penutupan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi kerja-kerja pembasmian kuman di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit.

"Pengurusan restoran sentiasa peka dengan apa juga keadaan persekitaran mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) Mac lalu.

"Buat masa ini, cawangan di Taman Sri Rampai ditutup sementara, pengurusan akur dengan arahan pihak berwajib demi kebaikan bersama," memetik kenyataan dikeluarkan semalam.

Terdahulu tular di media sosial berhubung penutupan di premis berkenaan yang berkuat kuasa semalam.

Terdapat satu hantaran mendakwa dua staf restoran berkenaan dijangkiti Covid-19 dan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, hasil carian Sinar Harian di Facebook berkenaan mendapati hantaran tersebut telah dipadamkan.

Artikel Berkaitan: